Jumat, 05 Juni 2015

Keindahan Dalam Kesabaran

Assalamualaikum semua ..

Kita akan membahas topik mengenai perkataan favourite kita bila mendengar keluhan dan masalah org lain ..dan kadangkala, untuk memujuk hati sendiri ... SABAR... hehehe

Senang buanget ya nyuruh orang bersabar .. tapi bila datang ujian pada diri kita, kadang2 perkataan itu melayang ke mana... ini realiti kan .. boong kalau segala ujian dalam dunia ni kita boleh hadapi tanpa kegagalan emosi ..hehehe ...

Pengalaman terbaru saya dalam membina sifat sabar dalam diri saya sendiri, memang sesuatu yang sangat2 mensabar sampai ada ketika saya sudah hampir2 putus asa. Hampir2 ya .. tapi masih belum lagi kerana aku masih menggunakan kuasa akal untuk bertindak dan membuat keputusan. Letih emang letih, tapi ada sesuatu yang menghalangi saya dari bertindak untuk mengikut hati dan perasaan. Nyata, kesabaran itu terbayar dengan sesuatu yang aku tak jangka. Saya bersyukur kepada Allah kerana setiap sahabat dan sesiapa yang dia hadirkan dalam hidup aku, memberi aku peluang untuk membina sifat sabar yang lebih dalam.

Untuk renungan sendiri deh... bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya kita bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang kita hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan... insyaAllah ... aminnnn

Tidak ada komentar:

Posting Komentar